Free shipping for orders over RM150.00
RM28.00
Guru Aini (Edisi Malaysia) - Andrea Hirata [Jejak Tarbiah]
Price RM28.00
Brand Jejak Tarbiah
Size (L x W x H) 13 cm x 20 cm x 3 cm
Availability 7
Quantity
Description
Highlight
  • Judul : Guru Aini (Edisi Malaysia)
  • Penulis : Andrea Hirata
  • Penterjemah : Azzah Abdul Rahman
  • Penerbit : Jejak Tarbiah
  • Mukasurat : 295
  • Genre : Fiction
  • ISBN : 9789671826058
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

Guru Aini merupakan prekuel bagi novel Orang-Orang Biasa yang telah diterjemahkan daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Melayu.

 

----------

 

Mengajar tidak mudah. Banyak liku yang harus dilalui apatah lagi setiap murid itu tidak sama dalam corak pembelajarannya. Ada murid yang cerdas, ajar sekali sudah tahu. Ada murid yang perlu diajar berkali-kali. Kepelbagaian cara kefahaman setiap murid memerlukan pengorbanan seorang guru untuk mencari solusi agar muridnya faham apa yang diajar.

 

Tak ada yang lebih membuat murid gembira selain berhasil mempelajari sesuatu, dan tak ada yang membuat seorang guru gembira selain menemui cara untuk mengajari muridnya, halaman 232.

 

Membaca Guru Aini, kita akan melihat kesungguhan seorang guru mengajar dan kemahuan seorang murid untuk menguasai matematik. Atas sebab mahu menjadi doktor pakar bagi mengubati ayahnya yang sedang sakit, ketakutan Aini dalam matematik diperangi dengan cara bersungguh mempelajarinya.

 

'...aku harus pandai matematik kerana aku mahu menjadi doktor pakar, Diah, supaya aku bisa mengubati ayahku. halaman 81.

 

Dan akhirnya, Bu Desi berjaya menemukan cara mengajar Aini tentang matematik tanpa disangka.

 

Watak Aini dan Bu Desi wajar kita selami untuk kita belajar erti semangat, cekal, tabah dan berani memegang mimpi. Kisah kecil tapi memberi impak yang besar dalam pendidikan. Jangan jadikan kemiskinan untuk kita putuskan cita-cita dan impian.

 

Bermimpilah, karena Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu. Tanpa mimpi orang seperti kita akan mati.. Andrea Hirata.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian