Free shipping for orders over RM150.00
RM35.00
Peguam Kriminal - Ariff Azami Hussein [Ilham Books]
Price RM35.00
Brand Ilham Books
Size (L x W x H) 13 cm x 20 cm x 3 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight
  • Judul : Peguam Kriminal
  • Penulis :  Ariff Azami Hussein
  • Penerbit : Ilham Books
  • Mukasurat : 167
  • Genre : Non-Fiction
  • ISBN : 9789672007432
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

Kerap kali status kerjaya peguam jenayah menjadi persoalan yang bermain di kepala kita. Adakah mereka ini bersekongkol dengan penjenayah untuk melepaskan diri secara sah melalui proses perundangan? Apakah sistem perundangan kita sebegitu longgar sehinggakan peguam jenayah ini boleh melepaskan anak guam mereka yang dituduh dari kesalahan di mahkamah?

 

Buku Peguam Kriminal merupakan karya pertama Ariff Azami yang terkenal dengan blog Loyar Berjurus ini akan merubah pandangan anda terhadap kerjaya peguam jenayah yang seringkali dipandang negatif dalam masyarakat.

 

Menyoroti perjalanan kes dan kisah sebalik tabir seorang peguam kriminal, penulis menghidangkan kepada kita dunia penuh teknikaliti ini dengan bahasa yang ringkas, dan mudah difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.

 

Innocent until proven guilty!

 

"Satu cetusan pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi bersama dengan masyarakat tentang liku-liku dan tanggungjawab seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah di negara ini."

 

Dato Setia Salehuddin Saidin, Peguambela dan Peguamcara

 

------ Ariff Azami bin Hussein atau nama penanya Loyar Berjurus mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Hons) daripada Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang beramal sebagai peguam kes-kes jenayah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya. Kini, beliau adalah rakan kongsi di firma guaman Tetuan Azizzul & Ariff yang beralamat di Bangi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian