Free shipping for orders over RM150.00
RM35.00
Student Union: Generasi Baharu Gerakan Mahasiswa [Ilham Books]
Price RM35.00
Brand Ilham Books
Size (L x W x H) 13 cm x 20 cm x 3 cm
Availability 1
Quantity
Description
Highlight
  • Judul : Student Union: Generasi Baharu Gerakan Mahasiswa
  • Penulis : Zulkifli Hasan, Muhammad Amin Mubarak, Wan Harith Iskandar Wan Roslan & Idayu Mumtaz Iskandar
  • Penerbit : Ilham Books
  • Mukasurat : 172
  • Genre : Non-Fiction
  • ISBN : 9789672007388
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

Penulisan buku ini menggabungkan idea yang didapati menerusi rujukan dan pengalaman. Kandungan buku ini bukan hanya bersifat akademik menganalisa kajian-kajian dan amalan-amalan Kesatuan Pelajar sedia ada tetapi mengandungi pengalaman secara langsung penuh bermakna merealisasikan hasrat penubuhan Kesatuan Pelajar. Dengan motivasi bahawa buku ini boleh dijadikan rujukan kepada ramai khususnya para pengkaji gerakan mahasiswa, kami tampilkan kandungan buku ini dengan fakta, teori, falsafah, amalan, sejarah, analisa dan pemerhatian mengenai Kesatuan Pelajar di Malaysia dan luar negara. Buku ini juga berkongsi pengalaman dan pemerhatian terhadap reaksi dan maklum balas pemegang taruh dan pihak berkepentingan mengenai usaha ke arah penubuhan Kesatuan Pelajar.

 

"Antara persoalan-persoalan genting yang perlu dijawab adalah sama ada semangat penerokaan yang hilang dalam kalangan mahasiswa, intelektual dan ahli akademik akan kembali dan sama ada budaya patuh ini akan dipecahkan. Adakah aspek-aspek ini akan kembali sama seperti hari-hari sebelum AUKU mencengkam dunia kampus yang mana sebelum ini syurga nilai intelektual dan keberanian? Saya berharap, buku ini akan menutup jurang sedia ada, dan masyarakat mahasiswa khususnya akan memimpin ke hadapan dengan kematangan dan kebijaksanaan. - PROF EMERITUS TAN SRI DATO DZULKIFLI ABDUL RAZAK, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

"Buku yang ditatap oleh para pembaca juga merupakan satu manual untuk membicarakan dengan lebih lanjut mengenai hakikat sebenar Kesatuan Pelajar dan bezanya dengan sistem Majlis Perwakilan Pelajar sebelum ini. Hakikatnya, kewujudan Kesatuan Pelajar di universiti-universiti memerlukan kepada perubahan holistik di seluruh ekosistem institusi pengajian tinggi di seluruh negara dan juga perubahan menyeluruh minda dan persepsi siswa, para pensyarah dan pentadbir universiti." - DR MASZLEE MALIK, Mantan Menteri Pendidikan

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian