Free shipping for orders over RM150.00
RM135.00
KOMBO - Merawat Hati
Price RM135.00
Size (L x W x H) 13 cm x 20 cm x 12 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight
  • Penulis : Pahrol Mohamad Juoi
  • Penerbit : Iman Publication
  • Genre : Non-Fiction
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 12cm(H)
  • KOMBO MERAWAT HATI :
    1. Berteduh Daripada Kegelisahan Hati (347ms)
    2. Berteduh Kerana Kekosongan Hati (270ms)
    3. Berteduh Untuk Ketenangan Hati (265ms)
    4. Rehatkan Hati Dengan Solat (257ms)

SINOPSIS :

 

Berteduh Daripada Kegelisahan Hati

 

Gelisah, risau, takut, putus asa.

 

Mengapa emosi sebegini yang selalu membekas dalam hati kita? Ia datang bersilih ganti, sama ada kita sedar ataupun tidak.

 

Kita mencuba bermacam-macam cara untuk keluar daripada rasa gelisah. Adakalanya ia menyembuhkan, namun adakalanya meninggalkan luka yang semakin mendalam.

 

Buku ini menawarkan teduhan buat mereka yang berasa gelisah. Bukan teduhan palsu, kerana di samping merungkai letak duduk kegelisahan dalam hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi turut menggariskan saranan-saranan bagi merawatnya.

 

Berteduh Kerana Kekosongan Hati

 

Namun, hati kita tetap berasa kosong.

Mengapa?


Hakikatnya/ternyata, bahagia yang sebenar bukanlah terletak pada nilaian kerjaya, wang dan harta. Bahagia, terletak pada bahagianya sebuah hati.

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi mengajak kita untuk berkenalan semula dengan hati bagi mengisi kekosongan yang dirasai. Melalui pengalaman yang tersulam hikmah, beliau merungkai peranan hati dalam mendatangkan kebahagiaan buat pemiliknya. Barulah kebahagiaan yang diburu itu benar-benar dirasai, Insya-Allah..

 

Berteduh Untuk Ketenangan Hati

 

Ada waktunya kita rasa hidup ini kurang bermakna, sedangkan segala-galanya nampak cukup dan sempurna. Seharusnya kecukupan ini mendatangkan bahagia yang didamba.

 

Di manakah sebenarnya ketenangan?



Saban hari, dari pagi hingga malam kita mencari dan mengimpikan rasa tenang.



Ia sentiasa datang dan pergi dengan sendiri. Ketenangan itu tidak pernah kekal dengan kita, dan akan selalu didamba.



Mungkin sebenarnya, ketenangan hakiki itu tidak terletak di dunia. Tenang hadir hanya sementara, cukup untuk membuatkan kita ternanti-nanti bila ia akan hadir semula.



Buku ini hadir untuk memberikan pesan-pesan buat sebuah hati, sebagai bekalan menuju ketenangan yang abadi. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyedarkan kita akan hakikat masalah dan cabaran kehidupan ini yang tidak akan luput. Atas sebab itu, kita perlu menyediakan hati yang kuat untuk menghadapinya.

 

Rehatkan Hati Dengan Solat

 

"Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal."

 

Begitu kata-kata Rasulullah SAW kepada Bilal RA.

 

Saban hari, rutin harian yang kita lalui menemukan kita dengan masalah dan cabarang yang membuatkan hati kita berasa letih dan penat. Ini cuma sementara. Selang beberapa ketika, ia kembali lesu dengan masalah dunia.

 

Solat yang seharusnya menjadi kerehatan dirasakan seperti beban.

 

Takbir, rukuk, sujud dan salam hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan dan impak pada hidup. Ketenangan yang dicari masih belum dirasai.

 

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol membawa pembaca ke alam solat yang mampu merehatkan hati yang semakin gusar dengan dunia. Ketenangan yang diinginkannya ialah sebulah solat yang tulus penuh makna.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku-Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian