Free shipping for orders over RM150.00
RM133.00
KOMBO - Travelog Dunia
Price RM133.00
Size (L x W x H) 13 cm x 20 cm x 12 cm
Availability 5
Quantity
Description
Highlight
  • Penerbit : Jejak Tarbiah
  • Genre : Non-Fiction
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 12cm(H)
  • KOMBO TRAVELOG DUNIA :
    1. Aku, Buku Dan Kota Kaherah (293ms)
    2. Leaving Microsoft To Change The World (468ms)
    3. Seteguh Gunung Fuji Berdiri (204ms)
    4. Mencari Unta Merah Jepun (380ms)

SINOPSIS :

 

Aku, Buku Dan Kota Kaherah

 

"Apa yang tertulis akan terus abadi. Apa yang terucap akan berlalu - bersama angin."

 

Satu rangkap kata-kata yang dipegang penulis supaya terus menulis dan berkarya, lalu meninggalkan sesuatu yang bermakna, iaitu "buku".

 

Aku, Buku & Kota Kaherah adalah himpunan memoir penulis yang penuh dimaknai dengan buku, sebagai seorang mahasiswa pada era 90-an di Kaherah - sebuah kota yang menyimpan kisah para anbia. Di antara bau buku-buku lama dan debu-debu bertebaran, kota ini juga menyaksikan pahit getir kehidupan penulis dalam mengharungi zaman belajarnya di sana. Semangat cintakan ilmu dan buku membawa beliau menerokasi pesta-pesta buku sehingga ke pasar-pasar buku di jalanan. Begitu gigih memburu buku-buku langka - hinggakan terpaksa berebut dengan si penggila buku!

 

Naskah ini ditujukan khas buat semua pencinta buku. Kalian akan menemui kepuasan dan nikmat membaca sebuah buku dengan menelusuri kehidupan penulis di kita yang terkenal sebagai pusat peradaban ilmu ini.

 

Leaving Microsoft To Change The World

 

"Berjuta-juta kanak-kanak sedang menunggu peluang hidup yang dibawa oleh nikmat pendidikan. Saya berharap dan berdoa supaya kita tidak membiarkan mereka menunggu terlalu lama."

 

John Wood menemukan momen uerekanya bukan di dalam dunia koporat Microsoft yang sentiasa sibuk dan menjanjikan pulangan yang lumayan, sebaliknya semasa pengembaraannya di pergunungan Himalaya, Nepal.

 

Permintaan guru-guru di sebuah sekolah daif yang disinggahi agar dia kembali dengan membawa buku-buku menjadi titik tolak buah John untuk mengambil keputusan meninggalkan dunia kerjaya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha untuk membangunkan Room to Read - sebuah organisasi yang membina perpustakaan, sekolah serta menyediakan biasiswa jangka masa panjang buat pelajar perempuan di negara-negara membangun.

 

Leaving Microsoft to Change The World merakam emosi suka duka dan cabaran getir John Wood mencapai ketenangan hidup melalui jalan pendidikan. Semoga ia turut dapat memberi inspirasi dalam memulakan pencarian makna hidup kita yang sebenar.

 

Seteguh Gunung Fuji Berdiri

 

Seteguh Gunung Fuji Berdiri membawa semangat lita'arafu yang terkandung dalam surah al-Hujurat. Ia sebuah naskhah catatan perenungan Ustaz Mohd Hariri ketika berada di negara matahari terbit dalam mengenal citra budaya masyarakat di sana.

 

Naskhah ini membawa pembaca mengikuti kisah perjalanan nan indah dan penuh hikmah di negeri sakura itu yang dirangkai baik oleh penulis melalui kanta mata pendakwah kecil.

 

Sepanjang perjalanan penulis, beliau tidak hanya sekadar mengenal masyarakat Jepun yang serba maju itu, tetapi secara tidak langsung mengukuhkan semula jati dirinya sebagai anak Malaysia seteguh Gunung Fuji berdiri.

 

Mencari Unta Merah Jepun

 

Buku ini menceritakan perjalanan kembara Ustaz Abdullah Bukhari bersama rakan-rakannya ke Jepun demi mencari Unta merah seperti yang dimaksudkan hadis Nabi SAW; Ganjaran Allah terhadap orang yang menyebabkan seseorang memeluk Islam atas usahanya itu, melebihi nilai harga seekor unta merah (unta yang sangat mahal harganya kepada orang Arab).

 

Dengan memegang kuat hadis Nabi yang satu ini, beberapa siri ziarah ke Jepun dan perancangan yang teliti dibuat demi menyampaikan Islam kepada masyarakat di sana. Bangsa Jepun yang sering dikaitkan sebagai sebuah bangsa yang sangat bersopan santun, menepati masa, rajin dan lengkap serba-serbi secara fizikal dan materialnya, tetapi apakah faktor yang membuatkan mereka boleh tertarik dengan Islam? Tidak lain tidak bukan adalah disebabkan mukjizat al-Quran itu sendiri.

 

Usaha dakwah mencari seberapa banyak unta merah ini bukanlah semata-mata melibatkan mereka yang pergi ke sana sahaja. Para pencari unta merah ini berjiwa besar dengan menubuhkan sebuah persatuan yang dapat membantu gerak kerja dakwah di Jepun dari Malaysia. Kemuncaknya mereka berjaya mengutip dalam bulan Ramadhan 2019 sebanyak RM 3.5 juta untuk membeli Bangunan Japan Dakwah Centre di Osaka, Jepun yang menjadi Pusat Dakwah milik orang Malaysia yang pertama. Ayuh ikuti kisah penuh Inspirasi ini sebagai langkah menambah-dalam lagi cinta kita kepada dakwah Islam.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku-Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian