Free shipping for orders over RM100.00
RM28.00
Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya - Abdullah Sidek [The Patriots]
Price RM28.00
Brand The Patriots Publishing
Size (L x W x H) 13 cm x 20 cm x 3 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight
  • Judul : Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya
  • Penulis : Abdullah Sidek
  • Penerbit : The Patriots
  • Mukasurat : 248
  • Genre : Non-Fiction
  • ISBN : 9789672437222
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

"Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi." - Al-Masudi.

 

Empayar Melayu Sriwijaya, nama yang dilupakan oleh umat Melayu. Rahsianya tenggelam dalam lipatan. Melaka lebih didendangkan kalau bicara tentang sejarah Melayu sehingga terlupa akan satu lagi empayar yang maha agung. Empayar yang Maharajanya bermandi-manda dalam limpahan jongkong emas. Emapayar luas merangkumi seluruh kepulauan. Pelabuhannya masyhur, menarik jutaan dagangan.

 

Buku ini mengajak umat Melayu untuk kembali mengenang sejarah silam yang dilupakan. Sriwijaya yang berdiri sejak abad ke-7, ada rahsia yang menanti anak cucu untuk disingkapkan. Ada perjalanan panjang dalam meneroka sejarah yang tenggelam. Ayuh, ikuti kami mengembara menyelami riwayat sebuah tamadun agung yang pernah bangsa kita dirikan, dalam buku ini. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian